Apa aku buat hari ini - Kisahku Apa aku buat hari ini

Apa aku buat hari ini

Selain rutin wajib kat library ni, hari ni aku cari bahan rujukan utk peperiksaan utk pembantu perpustakaan, berpandukan kpd sukatan ini...


SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI
PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
DI JABATAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan
diluluskan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam: 1 April 1993

2. Matlamat Sukatan: Bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan mengetahui pengetahuan asas mengenai Perintah-perintah dan Arahan-arahan yang berkaitan
dengan pentadbiran yang secara lansung atau tidak lansung berkaitan dengan kerja-kerja
pegawai berkenaan.

3. Tujuan Peperiksaan: i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Perpustakaan lantikan terus

4. Pegawai yang layak mengambil
Peperiksaan:
i. Pembantu Perpustakaan yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

5. Sukatan Peperiksaan: (termasuk masa dan soalan)

SUBJEK UTAMA
BAHAGIAN I - PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN

Soalan-soalan akan ditanya kepada calon-calon berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut:
a. Perintah Am Bab A
I. Syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan.
III. Tempoh percubaan dan perlanjutannya.
V. Pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan
berpencen.
VIII. Penamatan kerja dan notis berhenti kerja.
2
b. Perintah Am Bab C
II. Cuti yang diberi kerana perkhidmatan.
VI. Cuti tidak berekod.
c. Perintah Am Bab D
I. Permulaan (Sek. 1 – 22)
IV. Hukuman (Sek. 36)
d. Perintah Am Bab F
I. Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai.
e. Perintah Am Bab G
I. Waktu Bekerja Pejabat.
f. Arahan Perkhidmatan
Bab I - Jabatan dan Organisasi
Bab III - Surat Menyurat
Bab IV - Fail Menfail
g. Arahan Perbendaharaan
Bab B - Acara Pengakuan
I. Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan wang awam
i. Am
ii. Terimaan
vi. Cek dan Draf
vii. Peti Besi

Soalan : 60 (Aneka Pilihan)
Masa : Masa 1 ½ jam
Calon-calon dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan

3
BAHAGIAN II – UJIAN MENAIP
Kederasan hendaklah tidak kurang dari 18 p.s.m. Ujian ini dijalankan
mengikut peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Buku Panduan
Ujian Menaip yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Awam.

SUBJEK JABATAN
BAHAGIAN III – ASAS ILMU PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Prinsip-prinsip Am Ilmu Perpustakaan.
b. Perkembangan Perpustakaan di Malaysia
c. Jenis-jenis Perpustakaan dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Perpustakaan.
d. Cara-cara perolehan serta memproses bahan-bahan perpustakaan.
e. Penyelenggaraan Koleksi.
Soalan
Masa
::
8 Jawab 4 (Esei)
2 ½ jam
Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan
BAHAGIAN IV – TEKNIK ASAS PENYELENGGARAAN PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Peraturan Asas Mengkatalog Buku.
b. Sistem Pengkelasan Dewey.
c. Menfail Kad Katalog.
d. Pengenalan kepada sumber-sumber rujukan.
e. Sistem Pinjaman bahan-bahan perpustakaan.
4
Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 2 ½ jam
Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan
BAHAGIAN V - PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN
PERPUSTAKAAN
Soalan-soalan yang ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara berikut:
a. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
b. (i) Akta Perpustakaan Negara, 1972.
(ii) Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1972.
c. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara 1977.
d. Enakmen Perpustakaan Awam Negeri.
Soalan : 7 jawab 4 (Esei)
Masa : 1 ½ jam
Calon-calon dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan.
6. Pengecualian Calon-calon yang lulus mana-mana
bahagian adalah dikecualikan daripada
mengambil bahagian tersebut sekali lagi.
7. Keputusan: LULUS/KANDAS
8. Pemeriksa akan ditetapkan oleh: i. Bahagian I & II – Panel Subjek
Jabatan, Jabatan Perpustakaan
Negara Malaysia
ii. Bahagian III, IV, & V – Panel
Subjek Jabatan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia
9. Bahasa:
(Soalan & Jawapan)
Bahasa Malaysia
10. Permohonan dikemukakan kepada: i. Bahagian I & II – Urusetia
5
Peperiksaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Malaysia.
ii. Bahagian III, IV, & V – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia.
11. Pusat Peperiksaan akan ditetapkan
oleh:
i. Bahagian I & II – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Malaysia
ii. Bahagian III, IV & V – Urusetia
Peperiksaan, Jabatan
Perpustakaan Negara Malaysia
12. Keseringan Peperiksaan: 2 kali setahun.
13. Tarikh akhir mengemukakan
permohonan:
i. Bahagian I & II – 1 ½ bulan
sebelum tarikh peperiksaan.
ii. Bahagian III, IV & V – 1 bulan
sebelum tarikh peperiksaan
Senarai bahan-bahan bacaan:
Bahagian I:
i. Perintah-perintah Am, Arahan Perkhidmatan dan Arahan
Perbendaharaan
Bahagian III & IV:
i. ATMA Singh - Katalog Mengkatalog untuk perpustakaan
sekolah/Atma Singh (dan) Wng Kim Siong, Kuala Lumpur : Fajar
Bakti, 1981
ii. BLOOMBERG, Mary – Introduction to technical services for library
technicians. 4th ed. Littleton, Colorado: Libraries Unlimited, 1981
iii. HARRISON, Kenneth Cecil – First steps in librarianship: a students
guide. 4th ed. London: Gower, 1980
iv. MAT Jizat Abdul – Cara-cara mengkelaskan buku-buku
perpustakaan. 2nd ed. Melaka : Penerbitan Abbas Bandung, 1978
6
v. MAT Jizat – Panduan mengurus perpustakaan, pemilihan, pesanan,
peruntukan kewangan dan pengkatalogan. Kuala Lumpur : Estern
University Press, 1983
vi. MCCLOVIN, Linel R. – Perkhidmatan perpustakaan awam untuk
kanak-kanak, Kuala Lumpur : DBP, 1983
vii. MURISON, W.J. – Public Library : it’s origins, purpose and
significance. 2nd ed. London : Harrap, 1971
viii. PERATURAN-PERATURAN ALA – untuk memfail kad-kad katalog.
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 1978
ix. SIMANJUNTAK, S. Hasnah – Pengkatalogan dan pengkelasan
bahan-bahan pustaka. Selangor : Biroteks, 1984
x. WAN ALI Hj. Wan Mamat – Pemeliharaan buku dan manuskrip.
Kuala Lumpur : DBP 1988
Bahagian V:
i. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
ii. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987.
iii. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara 1977.
iv. Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran) (Pindaan)
1986.
v. Enakmen Perpustakaan Awam Negeri (salah satu negeri)

Ni tgh dok pening mencari maklumat/bahan nak menjawab soalan esei, kene pegi periksa ni 27/28 April 09 kat PNM kot, walaupun aku sendiri dok kat library tp masih ketandusan idea mcm mana nak cari, masih perlu perbaiki diri...n tambahkan ilmu didada... cari jgn tak cari... bukan mudah menjawat jawatan pembantu perpustakaan ni... cabaran... cabaran...yg penting hidup tanpa cabaran umpama pokok tanpa daun he he he gondol...lawak je ok hilangkan tension, so inilah kisah aku hari ni...

Catat Ulasan

0 Ulasan