Kuning + Biru = HIJAU - Kisahku Kuning + Biru = HIJAU

Kuning + Biru = HIJAU

Nak beralkisah sikit ttg warna hijau, almaklumlah dari kecik sampai ke umo ni mmg aku ni suka ssgt dgn warna hijau, tiap2 raya baju kurung warna hijau tak pernah ketinggaln, wajib ade, bilik tido aku cat warna hijau, he he he...

Td pg waktu aku dok buat keje kat kaunter utama, ade pengguna pulangkn buku, tajuk buku AURA PERSONALITI WARNA kalu nk cari buku ni kt library boleh cari kat rak 152.145 Mi. Kalu tak tahu rak tu kat mana, kami warga library sedia membantu, cewah... semangat gitu...

Ok , kisahkn sikit ttg buku ni, m/s 20...

Warna kuning menjanakan aktiviti aktif, bersifat maskulin dan dikategorikan sebagai warna panas manakala warna biru menjana aktiviti lembut, bersifat feminin dan dikategorikan sebagai warna sejuk. Gabungannya membentuk keseimbangan iaitu aktif + lembut, maskulin + feminin dan panas + sejuk. Seterusnya fenomena ini dikenali sebagai 'titik stabil'.

Bukti menunjukkan Tuhan yg menjadikan alam ini dengan penuh keadilan dan kestabilan adalah melalui penciptaan alam tumbuhan dengan warna-warna kehijauannya Kita sedia maklum, tumbuhan memerlukan cahaya (warna kuning) dan air (warna biru) utk hidup (membentuk pigmen hijau pd daun) dan gabungannya membolehkan proses fotosintesis berlaku dan proses ini menghasilkan oksigen. Melalui dua warna ini iaitu kuning dan biru, suatu gabungan hebat terbentuk. Ia bukan hanya menghasilkan oksigen yg merupakan keperluan manusia, malah ia mengeluarkan hasil bumi yg menjadi sumber makanan kpd haiwan dan manusia itu sendiri.

Tumbuhan melalui bijirin, ubi, batang, akar, daun, bunga dan buahnya menjadi makanan kpd haiwan herbivor yg seterusnya haiwan herbivor ini menjadi sumber makanan bg haiwan karnivor termasuklah manusia itu sendiri. Kitaran inilah yg terjana pd alam sejak kewujudannya dan ia terus berlaku hingga ke akhir kewujudan yg dijanjikan Tuhan. Malah sejak tamadun manusia tercipta , hasil tumbuhan dan haiwan ini adalah bekalan hayat yg menjadi sumber makanan supaya manusia terus hidup di alam ini. Ia perlahan-lahan membangun sebagai industri yg menjanakan ekonomi, tamadun pemikiran, penempatan, pembangunan, jalan-jalan perhubungan, industri pengangkutan, industri pendidikan dan evolusi tamadun manusia berkembang. Darinya manusia mencipta hidup kekeluargaan sehingga wujudnya suatu negara.

Justeru, dapat dikatakan, segalanya bermula daripada gabungan frekuensi stabil kuning dan biru yg membentuk pancaran aura hijau pd alam.

Tu la, kisahnya di m/s 20, teman2 berminat nk baca buku ni cepat2 dptkn kat library berdekatan anda ye, cewah mcm iklan aje... penat ni menaip... tp tak mengapa berkongsi ape yg kita baca tu kat bagus, okla, nak sambung buat keje n sambil2 baca buku utk exam pnm...jumpe lg daa....

Catat Ulasan

0 Ulasan