Satu pukulan, tiga jawapan - Kisahku Satu pukulan, tiga jawapan

Satu pukulan, tiga jawapan

Nak bkongsi ilmu yg aku dpt hari ni dgn teman2. Memang setiap hari aku akan membaca buku, walaupun sibuk dgn kerja harian ku dtambah study utk exam pnm tp aku tetap membaca, tak dpt baca buku majalah pun jadilah, janji sehari aku mesti baca, membaca dah sebati dlm hidupku.

Hari ni aku baca majalah Al Islam bln April 09, antara mengisian majalah ni yg aku ingin kongsikan ialah tentang tajuk 'satu pukulan, tiga jawapan' m/s 18. kisahnya...

Pada suatu hari, tiga org kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat utk mengganggunya. Mereka kemudian membangunkan org tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya.
Tanya si kafir zindiq pertama: "Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman kepada-Nya?"
Kafir zindiq kedua pula berkata:"Bagaimana Allah boleh menghisapku dan menjatuhkan azab kepadaku?Bukankah semua amalanku telah ditakdirkan oleh-Nya?"
Yang ketiga pula mengajukan soalan:"Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?"
Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim.
Di hadapan hakim, org kafir zindiq itu berkata:"kami mengajukan tiga soalan kepada org tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dgn tanah liat."
Maka hakim itu pun bertanya:"Mengapa kamu memukul mereka bertiga?Malah tidak menjawab soalan meraka?"
Jawab org tua itu:"Saya telah menjawab soalan-soalan mereka. Org yg pertama menyatakn dia tidak beriman kpd Allah krn tidak dapat melihat-Nya, lantas saya memukulnya."
Kata org itu:"Ya, kamu telah menyakitiku."
Balas org tua itu:"Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu, maka bererti kamu tidak sakit."
Kata org kedua pula:"Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?"
Jawab org tua:"Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisap amalan kamu yg telah dtakdirkan oleh-Nya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka mengapa kamu mengeluh?"
"Dan, org ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga."
Kata org itu:"Awak telah menyakitiku."
Lantas dijawab org tua itu:"Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu? Begitu jugalah dgn cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api."

Begitula kisah yg ingin aku kongsi bersama teman2, marila sama-sama kita renungkan dan mengambil manfaat dari kisah ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan