Khamis, 30 April 2009

Zoo Negara







Sapa pernah pegi zoo negara. Aku pernah pegi tapi thn 1984. Lama dah, masa tu aku sekolah tadika, cikguw yg bawak, naik bas, sonok sgt. Rindu ye nk tgk penginap2 tetap kat sana.
Memang teringin nak pegi zoo, ade jugakla merengek2 kat huby tapi huby buzy, nak buat mcm mana kn, so Tuhan punya kuasa, lepas exam semalam, aku yg sepatutnya tumpang kak hana, terpaksa tumpang kete dgn kwn lib lain sbb kete kak hana rosak (dugaan) dgn tak disangka2 (hikmah dsebalik kete rosak) dia ade urusan kat area zoo negara, so kwn lib aku ni pun ajaklah jengguk2 sedara dia kat zoo, he he he, senang ckp nak melepaskan perasaan kot, diala aku idakla, lg aku suka tgk2 haiwan kt situ, kalu dpt bawa soffi lg best.
Kat zoo tu aku tgk ade kura2 yg besar , agak ye time aku melawat th 86 tu kura2 tu dah ade kot, ingat kura2 tu pun tkejut tengok aku sbb ketinggian aku dah mencecah 169cm, mana mana tak tkejut duluw kecik lg skrg dah jd mak budak he he he
Apa2 pun mmg seronok sgt dpt pegi zoo, rasa2 mcm dah jd budak kecik kembali, sonok dpt tgk gajah, harimau, ular, tikus terbesar, zirafah, badak, bangau,kura2, kucing hutan n lain2 yg terlalulah byk ye sampe tak ingat.

Pada teman2, cuti sekolah dah nak dekat kn, so bawa2 la anak2 ke zoo boleh belajar ttg byk haiwan, mana tahu kot2 tjumpe aku sekali kat situ, tegur2 la, org kata muka aku ni mcm sombong tp peramah tau kalu dah kenal. Biasala kn.
Jom ke Zoo Negara, bersama memelihara khazanah alam untuk tatapan generasi akan datang, Insya Allah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan