Jumaat, 15 Mei 2009

Kisah sedih

Salam Jumaat utk semua teman2ku yg dikasihi. Agak lama aku menyepikan diri. Aku masih dsini dgn meneruskan kehidupan dgn kisah2 ku.

Walaupun agak terlewat utk aku ucapkan tp aku nk ucapkan jugak kat ibu2 kt seluruh dunia
" Selamat hari ibu" yg jatuh pd 10 Mei lepas. Harap semua ibu2 berbahagia sll, tp aku menyambut hari ini dgn hati yg sedih. Apa2 tetap bersyukur krn Allah SWT masih memberikan kekuatan utk aku harungi kisah kehidupan ku dgn sabar...

12 Mei 09 tarikh keramat ni akan aku ingat hingga dsana nanti, terdahulu aku nak ucapkn selamat hari Jururawat, pada semua Jururawat , Semoga kalian senantiasa tabah menghadapi karenah pesakit2 anda. Pada tarikh ni yg jatuh hari selasa kelmarin, sewaktu aku sedang bkerja dgn khusyuknya, pengasuh anakku call, mengatakan anak aku terkene ekzoz motor, terima kasih pd pengasuh anakku krn call aku dgn cepat n aku bergegas balik ke rumah dgn memandu kete pd kelajuan paling maksimum. Sampai aje rumah, sedih ye tak terkira, nasib huby pun ade(sempat aku call dia sebelum memecut kete) kedua2 kaki Soffi terkena ekzoz, bayangkn hati seorg ibu yg mengandungkn n melahirkn Soffi tiba2 tgk kaki yg dulu cantik dah jd mcm tu, sedih sesangat. Bila tgk Soffi meraung lg lah aku rasa hiba sesangat. Aku letakkan aloe vera debella. Allah SWT Maha penyayang, senantiasa mendengar rintihan hati seorg ibu, bekas terkena ekzoz tu tidak mengelembung seperti kebanyakan luka melecur, alhamdullilah. Doakan Soffi ye teman2 agar sembuh dgn cepat. Kesian kt anak aku. Sedihnya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan