AWAM - Kisahku AWAM

AWAM




Cerita tentang kisah AWAM
dan kisah tentang aku dan buku














Ada apa dengan Awam...

Bila memperkatakan ttg awam, apa yg boleh kita tafsirkn. Aku kakitangan awam, berusaha utk memberikn perkhidmatan yg terbaik utk semua org awam. Setiap pagi aku n 2 org teman sekerja akn bertugas selama 1jam utk menyusun buku dirak, pelik ye, nape gambo kt atas tu mcm tak bersusun aje buku2 yew. Sapa2 pun yg melihat hatta aku punya bos akan kata 'eh, nape perpustakaan kamu jd mcm tu tak susun ke?' Semua akn menundingkn jari kpd kami petugas perpustakaan awam.

Pernah tak guna kemudahan awam, tentu semua akn kata pernah. Betul tak? Jom kita cuba memperkatakn ttg telefon awam. Kadang2 bila kita dlm kecemasan nk guna, tgk gagang telefon dah rosak sbb wayar dah tercabut. Anda marah, sapa punya kerjala ni??? Adakah kerosakan itu berpunca dari ...... atau ..... Fikirkanlah

Sebagai pengguna kemudahan awam, apa yg perlu n semestinya difikirkan, adakah ' ahh harta awam aku punya sukala nk buat mcm mana pun' atau ' ohhh ini harta awam aku perlu menjaganya utk kebajikan org lain'. Mana satu pilihan anda. Jd fikirkanlah...

Mari kita kembali masuk ke dlm perpustakaan aku ni. Ok, harta yg paling berharga dlm perpustakaan ialah buku. Buku ibarat guru, memberi Ilmu yg berguna utk masa depan yg cemerlang n berjaya. Sebagai kakitangan yg bertugas utk menyusun buku n mengikut prosedur penyusunan buku dewey decimal, kerja kami susun, susun, susun, susun n susun.... kira selagi kami keje kat perpustakaan itula kerja wajib wajib wajib kami. Itu aku redha jd sepatutnya gambo di atas tidak akan terjadikn.Betul tak?
Jd apa sbb ye jadi mcm tu ye? Kisah yg satu ini aku tinggalkn utk sapa2 pun merenung n fikirkan...
Betapa hancurnya hati aku melihat buku yg aku susun yg aku jaga yg aku sayang yg aku kasih walupun itu bukan buku aku hanya tpt kerja aku org suka2 buat buku itu jd mcm itu, salahkah aku sebagai kakitangan awam yg menjaga perpustakaan ini atau sapa???
Biarkan aku sendirian utk saat ini krn aku sgt2 sedih sekrg, umpama baru kehilangan cinta, cinta pd sapa? cinta pd buku... sebagai teman2 aku jom kita fikirkan bersama2 apa yg harus aku lakukan sekrg 'ada apa dengan awam'
Perpustakaan aku mungkin akan di Audit Dalaman 1/6 hingga 18/6... Aku pasrah utk semua ye...
Dlm hati tersemat jika hidup tanpa cabaran umpama mkn nasi tanpa lauk jd cabaran itu akan aku tempuh dgn tabah, walupun sesekali semangat aku terbang hilang dibawa angin bayu...
Tika ini aku sedang menangis dlm hatiku... Betapa aku sedang berduka dengan kisah aku dan buku








Catat Ulasan

0 Ulasan