Rabu, 4 November 2009

Soya

Salam semua, rasa ye lama dah saya tinggalkn blog kesayangan saya ni, hari ni tetiba nk sgt menulis sesuatu yg boleh saya kongsikan bersama pembaca blog kisahku.

Sebagaimana semua tahu saya ni mmg suka membaca, buku yg sedang saya baca bertajuk PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI SAINS MODEN oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Kalu nak cari buku ni kat perpustakaan , cari kat rak dewasa 297.1228614 Da.

Antara isi buku yg sy suka ingatkan pd diri saya ialah di muka surat 52

KACANG SOYA DAN PRODUKNYA

Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahagian sebatian yg berfungsi mencegah kanser. Di antara bahan yg dikenali pasti adalah genistein dan diadzein yg mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Di samping itu, ahli-ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yg mempunyai formula kimia yg sama dgn ubat tamoxifen yg digunakan secara rutin pd hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian yg dilakukan ke atas binatang2 mendapati, kesemua bahan2 ini mampu menghalang pertumbuhan sel2 barah kulit dan usus besar.

Tu la antara yg dpt saya kongsikan utk tatapan semua pembaca blog kisahku.

p/s: Saya mmg suka minum air soya n suka makan tempe. Alhamdullilah kerana Allah SWT memberi nikmat suka mkn soya dan makan tempe pd diri saya.Syukur krn kesihatan itu adalah nikmat yg sangat besar yg Allah SWT kurniakan pada HambaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan