Jumaat, 5 Februari 2010

kisah aku dan warna pelangi


Pagi tadi sewaktu memandu kete utk ke tpt keje, terpandang pelangi yg indah didada langit, cantik ye, suka tgk pelangi, tetiba teringat duluw2 waktu aku di tingkatan 2, cikgu sains aku memberi tip cara bagaimana kita boleh mengingati fakta sains cth mcm warna pelangi mengikut turutan warna yg betul. Pernah belajar tak, bagaimana cara mudah utk mengingat. Terima kasih pada cikgu sains aku Pn Mariani sbb beliau byk memberi tunjuk ajar dan tip2 berguna kepadaku dan rakan2, cikguku ini manis org ye.   Alhamdullilah aku mendapat pangkat creadit dlm SPM bg mata pelajaran sains , bangga ye.

Ok, sebelum aku berikan tip mcm mana cara mudah nk ingat warna pelangi ini , mohon maaf bebanyak ye , tiada niat apa2 pun jua utk mengaibkan sapa2, ini adalah tip bagaimana aku dari mula mengenal 7 warna pelangi , hingga sekarang aku masih boleh menghafalnya dan mengingati dengan mudah.

Tip ye ialah kita ingat sesuatu dengan perkataan yg kelakar, contoh ye.

Warna Pelangi
Merah, Jingga , Kuning , Hijau , Biru , Indigo dan Ungu

kita buat huruf2 di depan itu satu ayat yang mudah dan rasa2 kelakar, contoh:-

Mak Janda Kahwin Hujung Bulan Ini Untung

cara bagaimana membina ayat itu terpulang pada setiap individu bg aku inilah ayat senang utk aku mudah mengingatnya, sampai sekarang pun org mmg tak boleh tipu aku warna2 pelangi sbb mmg aku senantiasa ingat.

Itulah tip yg aku pegang dan ingin kongsikan bersama, tiada niat utk mengaibkan tp sesuatu yg boleh membawa manfaat utk mudah kita mengingat.

Berkongsi Ilmu itukan lebih baik drpd kita simpan utk diri kita sendiri.

Selamat mencuba 

P/S Aku sekadar berkongsi Ilmu yg ada pada diriku yg kerdil ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan