Kisahku yang satu ini... - Kisahku Kisahku yang satu ini...

Kisahku yang satu ini...

Pagi Isnin ini bersamaan 1 Feb. Ada sayu dan gembira dihatiku . Susahnya utk aku luahkan. Bukan kerana ditinggalkan kekasih hati tetapi terpaksa meninggalkan sejuta memori suka dan duka sewaktu bersamaanya.

Detik-detik terakhirnya aku menumpang teduh dari hujan dan panas, senyuman ya bisa membuat hatiku yang sedih menjadi gembira. Di sini aku biaskan segala kasih sayangku .

Airmataku masih lg mampu aku tahan dari mengalir tp aku pasrah, saat ye akan tiba jua , aku terpaksa mengundurkan diri bagi memberi laluan kpd orang baru yg lebih mahir untk kecemerlangan dirimu.

Sesungguhnya dihati ini ada kasih dan sayang, wahai Perpustakaan Dataran Sabak Bernam aku amat2 kasihkan dirimu kerna kamu pernah bersama denganku waktu susah dan senang ye diri ini.

Moga kamu akan senantiasa Cemerlang di masa2 akan datang dan aku berharap perpisahan kita ini membawa kebaikan untuk kita berdua.

Sayang kamu utk selama ya...

Catat Ulasan

0 Ulasan