Singgah Jalan2 - Kisahku Singgah Jalan2

Singgah Jalan2

Rasa ye hari ini hari terajin aku utk mengupdate blog kesayangan aku ini setelah sebulan aku menghilangkan diri. Aku masih di sini meneruskan kisah-kisahku.

Sambil2 update masuklah keblog rakan2 sekejap, teringin nak singgah keblog kak mis. terbaca pasal pertukaran yg dibuat. Ya aku tahu kak mis akan ditukarkan. Bukan saja dia tetapi adelah beberape kakitangan dari Daerah kami bertukar. Dari pekan ke Daerah, dari Daerah ke Pekan, dari Cawangan ke Desa dan dari Desa ke Daerah.

Selain kak Mis, sapa lg ye. Jeng jeng jeng...

Aku... lah

Biasalahkan bila kita ditukarkan ke Perpustakaan lain tentu ye kita rasa sayu je... ibarat perpustakaan tu kan rumah kedua kita .

Tapi ambil lah pertukaran ini menjadi positif , bukan krn aku ditukarkan di Perpustakaan yg dekat dengan kediaman aku maka aku berkata demikian tetapi setiap pembaharuan yg dibuat ada sebabnya. Apa yg penting bg aku ada hikmah yg tersembunyi.

Aku sendiri telah lalui banyak pertukaran dlm kerjayaku. Dari minah kilang ke minah kerani personnel ke kerani pentadbiran ke kerani angkat telefon ke kerani akaun ke kerani perubatan dan terakhir sebagai penjawat awam sebagai pembantu perpustakaan S17. Banyak kan.

Maka dengan pertukaran kerjaya ini aku mengutip seribu pengalaman yg amat2 berharga bagi mengisi kisah-kisahku utk aku kenang dan ceritakan pd cucu2 dan Insya Allah pada generasiku akan datang.

Aku akui bila kita bertukar kerja dan tempat kerja kita akan kehilangan sahabat2 sekerja kita tp anggaplah perpisahan itu membuatkan kita lebih akrab lg. Aku masih lg ingat sahabat2ku semasa aku kerja di Lay Hong kerana mereka sahabat baik aku. Tidak sesekali aku akan melupakan mereka. Mereka merupakan kenangan aku yg cukup terindah.

Pada rakan-rakan sekerja yg akan bertukar , bersama lah kita berdoa agar pertukaran kita ini membawa sejuta kebaikan kepada diri kita, masyarakat dan seterusnya kepada negara. Kita memang kerdil tp ingatlah kita adalah Khalifah Allah dan Hamba Allah , ikhlas kan diri ini apabila ditukarkan dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yg berada dalam diri kita.

Semoga aku menjadi Hamba Allah yg senantiasa redha dengar setiap takdir dari NYA.

Catat Ulasan

0 Ulasan