Sabtu, 24 April 2010

Kisah Sekolahku-Part II







3 Biru , cikgu bernama cikgu Marziah. Kwan rapatku masa ni, Zarina, Suraya dan yg paling rapat Rafidah. Rafidah ni aku baru je bertemu kembali dengan dia kt facebook. Seronok rasanya. Seingat aku masa ni ketua kelas kami bernama Hairul Lokman. Si Jejaka yg suka mengadu n menulis nama kwn yg bising kat papan hitam, pastu cikgu masuk terus lah kenakan denda ketuk ketampi sampai 50 kali ataupun 100 kali. Aku kalu kene siap mengigil kepala lutut. Sampai sekrg mmg tak kn lupe budak nama Hairul Lokman. Anti aku dgn budak ini. Kalu jumpa kat fb mmg aku akan serang balas huhuhu...nasib tak jumpe lg.

Beralih ke darjah 4 Biru. Cikgu Norlida. Cikgu ni mmg best sbb suka cubit, kalu cikgu cubit mmg best hahahahah... ketua kelas Samsul Akmal dan penolong kelas akulah hehehehe...seronok boleh sll pergi pejabat ambik buku kedatangan. Masa ni aku ingat pernah tengok Gerhana Matahari.

5 biru tp termasuk kelas jingga. Frust sgt...tak tahu mcm mana boleh tertukar warna. Dekat kad pelajar 5 Biru tp masuk jingga. Tp semua ye ade hikmah. Masa ni aku murid kesayangan cikgu Allahyarhamah Husenir Bibi. Aku pun sayang sgt kt cikgu ni . Kwn yg suka aku sakat ialah Fadzili(ejaan tak pasti) aku pernah sorok kn beg dia hahahahah...kisah itu kalu dikenang mmg lucu. Masa ni akhir tahun aku periksa dpt no 3. Dapatlah aku naik pentas ambk hadiah. Alhamdullilah.

1990 tahun akhir aku kt Sekolah Rendah aku tercampak balik kt kelas 6 Biru. Cikgu Hajah Siti Rozita. Cikgu ya lawa suka pakai baju fesyen pastu cantik2 baju ye. Barulah semangat aku nk ambk UPSR. Masa ni seingat aku kwn aku nama ye Siti Hajar org Bukit Kapar. Aku suka minta inai dari dia. Masa ni aku dok dlm kumpulan meja Darul Iman(kalu tak silaplah ye) Keputusan UPSR aku Alhamdullilah semua abjad ada. A B C D hehehehe....

Bersambung ke kisah Sekolah Menengah...tunggu ye heheheheh...lagi best tau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan