Rabu, 12 Mei 2010

Kisah Nasi Lemak dan aku




Waktu aku sekolah rendah duluw, aku cukup mengemari makanan ini. Kt sekolah nasi lemak dijual dgn harga RM0.20 sepinggan. Nasi Lemak dgn sambal je. Tapi aku cukup suka makan. Hari2 inilah menu aku.

Nenek kantin pon dah sampai cam muka aku, kalu aku beli mesti nenek kantin bagi aku sambal byk2. Mmg best. Makan sampai licin tak meninggalkan kesan hehehe...kira pinggan tu tak payah basuh pon takpe.

Mmg susah kalu aku nak tgglkan makanan kegemaran aku ni. Skrg ni, kalu kaum keluarga belah huby aku bertandang kat rumah kami, mesti dan harus menu ni utk sarapan pagi, mesti acik raihan yg masak. Itulah kata2 anak buah aku tersayang.

Dah nama pon suka makan mestilah pandai masak kan heheheh...kene puji diri sendiri sebelum org lain puji hahahah sila lah gelak ye tapi tak lawan abah n mak aku masak mmg sedap gilerrr.

Nasi lemak oh nasi lemak...ingat dah pencen boleh jual nasi lemak ni, anda setuju...aku harus setuju hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan