Perasaan aku - Kisahku Perasaan aku

Perasaan aku


Sejak kebelakangan ini, aku rasa sgt tenang walaupun diulit bebanan kerja yg agak mencabar tp aku rasa perasaan aku tenang sgt. Alhamdullilah.

Tidak semasa kt mantan library aku, di mana aku perlu memikirkan banyak perkara. Maklumlah kt sana aku selaku kakitangan yg bertanggungjawab ke atas library sepenuh ye.

Di library baru ni, walaupun library Daerah tp mungkin disebabkan library diselia oleh ketua aku dan kakitangan senior, aku rasa dimanjakan. Itu perasaan aku ajelah ye ( kalu bos baca tulisan aku ni, bos sila senyum ye )

Di library Daerah ini, aku diberi tanggunjawab dibahagian kewangan, makna ye, duit denda semua aku pegang, kaya aku hehehe... lain hal seperti statistik- kak mis, majalah -ayu, baikpulih buku-kak bibah. Fail-fail ISO-semesti Ketua aku, kami hanya membantu. Sistem-ayu. Bahagian rujukan- kerja dikongsi bersama kami 4 org pembantu perpustakaan akan bergilir menjaga kaunter dan menyelia bahagian rujukan.Kaunter Edaran- Kami bersama. Kebersihan dan keceriaan- Ketua.Pameran-Kami bersama. Keratan akhbar- Kak Mis yg paling rajin.

Kami kakitangan Daerah, ditugaskan utk menyusun buku setiap seorang 10 rak buku. Tp itu semua bukan bebanan jika kita selalu buat kerja itu setiap hari. Kami berdoa agar kami senantiasa diberikan kekuatan dan kesabaran utk tugasan ini. Insya Allah, kami tidak akan bebankan kakitangan desa. Kami berazam utk senantiasa menjaga rak buku kami.

Manusia mmg tidak dpt dipisahkan dgn sikap malas. Kami sedaya upaya akan mencabar diri kami utk tidak malas krn malas itu merupakan penyakit yg bila mana dibiarkan akan memburukkan prestasi kami.

Doakan kami teman, agar kami boleh membangunkan perpustakaan Daerah Sabak Bernam menjadi yg terbaik. 

Kak Mis, Ayu , Kak Bibah... Kita Boleh Lakukan... Kita BOLEH. 


Catat Ulasan

0 Ulasan