ILUSI - Kisahku ILUSI

ILUSI


Sinopsis Drama ILUSI


Tiada sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.


Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal. Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.


Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Rizal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.


(p/s) Pukul 6.30 pm - 7.30pm... makin rajin lah aku dok depan TV bukan dok depan dapur hehehe... Suka tgk drama ni, setelah ADAMAYA. Best...

Catat Ulasan

0 Ulasan