Kisah Celak mata - Kisahku Kisah Celak mata

Kisah Celak mata

++Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :


"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"

Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :

"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"

Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.

Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini.inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

wallahua'lam



KELEBIHAN BERCELAK



++Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi, daripada Abu Daud Al-Tiyalusi daripada Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:



Bercelaklah kamu dengan ithmid, (ianya akan) mencerahkan pandangan, dan melebatkan rambut.



Status hadith: Sohih



Penjelasan



1. Rasulullah amat menggalakkan umat Islam untuk memakai celak. Teori rawatan Islam mencadangkan yang pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.

2. Celak juga boleh melebatkan bulu mata. Rambut di dalam hadith di atas banyak ditafsirkan oleh ulamak sebagai bulu mata.

3. Ithmid ialah sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi. Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu, iaitu ada bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak, dan ada batang besi untuk mencelup dan menyapu celak itu di mata. Ada ulamak yang menyatakan ianya merupakan celak daripada Isfahan.

4. Di dalam riwayat sohih yang lain, Rasulullah memakai celak 3 kali di mata kanan dan kiri sebelum tidur.



***SUMBER DR ILUVISLAM.COM
 
Aku mmg kureng bab2 nk memakai celak ni tetapi anak aku Soffiyyah mmg minat memakai celak. Maka aku harus belajar utk memakai celak. Rasa2 yg sesuai utk mata aku celak warna coklat... nanti aku kene beli... operasi mencari celak mata yg sesuai ... Jom...ramai-ramai pakai celak.

Catat Ulasan

0 Ulasan