Khamis, 14 Oktober 2010

Sedang berfikir


Tahun 2011 , Insya Allah , my sweet Soffi akan berusia 5 Thn. Dalam hati sedang mempertimbangkan untuk menghantar Soffi sekolah 2 sesi , pagi n petang. Tengah berfikir sama ada wajar atau pon tidak. Sekarang ni mmg Soffi dah sekolah di Sekolah Pra Jais sebelah pagi dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tengok Soffi mmg bahagia dgn sekolah yew. Alhamdullilah kerna Allah SWT memudahkan aku sebagai Ummi yew utk menghantar n mengambil Soffi pulang serta Soffi pon senang nk diuruskan, moga berkekalan, Insya Allah.

Tahun depan mgkn jadual sekolah Soffi akan berubah, mgkn pagi ke Sekolah Pra Jais seperti thn ini dan petang , Insya Allah dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ke Sekolah Tadika Alpha Bestari. Tp semua masih dalam perancangan. Soffi telah pon dimaklumkan tentang pengkabaran ini dan aku sendiri telah menunjukkan sekolah utk sesi petang pada dia. Dari raut wajah ye mmg soffi nak tp tak tahu lah. Harap-harap semua yew berjalan seperti yang dirancang.

Pada 18-22 /10/2010 ni , Soffi akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Mohon semua teman-teman kisahku mendoakan yang terbaik untuk Soffi . Insya Allah . Moga anak ummi berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan