Solat lah wahai teman-teman. - Kisahku Solat lah wahai teman-teman.

Solat lah wahai teman-teman.

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :


"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


Sembahyang Subuh

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Sembahyang Zohor

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam


Sembahyang Asar

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)



Sembahyang Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.



Sembahyang Isya'

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.



Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..



enam perkara di atas dunia

tiga perkara sewaktu hendak mati

tiga perkara sewaktu di dalam kubur

tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
 
 
Baca lah dgn mata hatimu teman2 kerna pabila aku membaca artikel ini yg aku berkongsi bersama http://mawarberduri-sarahah.blogspot.com/2010/03/dosa-meninggalkan-solat.html aku mengigil sgt takut adakah mampu diri ku yg kerdil ini dgn segala balasan azab itu. Ya Allah , sempurna kan lah solat ku setiap detik dan saat ya Allah kerna aku adalah hamba Mu yg sgt2 lemah. Ada airmata di dada ku yg mengalir deras ...

Catat Ulasan

0 Ulasan