Penjenamaan semula - Kisahku Penjenamaan semula

Penjenamaan semula

Alhamdullilah, setelah memikirkan tentang perkara ini beberapa hari . Akhirnya ini adalah keputusan aku. Dengan rasmi yew blog (^_ ^)
dan

(Dilancarkan)
(^_ ^)

Kedua-dua blog ini telah aku buat penjenamaan semula. Blog sweetcraft adalah blog manik aku duluw di mana blog ini mengisahkan tentang manik n aku. Tetapi setelah memikirkan lebih mendalam aku rasa aku ingin memperluaskan skop kemahiran aku dlm bidang menjahit ini. Maka di bawah sweetcraft ini nanti, Insya Allah aku akan membuat catatan-catatan craft yg lain dan tidak tertumpu pd jahitan sulaman manik sahaja.

Blog collectionmuslimah pula adalah kesinambungan dari blog hadiah online aku. Blog ini lebih mengisahkan tentang semua catatan-catatan berkaitan pakaian muslimah. Berkongsi bersama teman-teman apa yang sesuai dipakai oleh seorg muslimah.

Insya Allah, di masa terdekat ini aku akan mengisahkan lagi 2 perkara yg selalu dekat dgn kisah ku iaitu BUKU dan MASAKAN. Semoga mendapat sokongan dari semua teman-teman kisahku. Aku ingin sekali berkongsi minat aku dgn 2 blog khas untuk kedua-dua kisah ini.

Terima Kasih krn sudi berkongsi sedikit masa dari masa teman-teman aku untukmembaca catatan-catatan kisahku. Love U All (^_^)

Masa itu adalah Emas. Maka hargai selagi kita masih punya kisah hidup ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan