Rabu, 15 Jun 2011

Sangat-sangat tertekan


Hari nie seperti biase aku membuka akaun facebook aku ... dgn tak disangka-sangka aku terklik sesuatu yg amat memeranjatkan diri aku hingga aku tak terkata apa-apa pon. Hanya mampu membaca dan selepas itu bagai roh aku tercampak keluar dari jasad ...

Aku tak pernah menghantar dan menaip perkataan yg tertera di dlm messagge chat itu kpd org itu. Aku tak tahu sapa yg menaip dan menghantar kpd yew... messagge yg mengaibkan aku itu telah dihantar pada 10 Mac ... dh lama tp aku baru sahaja tahu pagi tadi, itu pon sbb teman aku dari desa bertanya kan alamat org yg menerima messagge chat aku tuw ...

Hanya Allah , sahaja yg tahu perasaan aku ketika itu ... hingga aku membuat n3 ini aku masih berada dlm keadaan yg sangat-sangat tertekan ... kalu boleh aku ingin keluar dari dunia ini untuk mencari diri ku sendiri ...

Merenung di dalam diri sendiri ... berkata-kata di dalam hati ... mengapa ada org yg sanggup buat aku mcm nie, apa salah dan dosa aku ... mengapa tergamak org yg menaip dan menghantar messagge chat itu berbuat demikian rupe kpd aku ... APA DOSA AKU ... Aku menangis sendirian , tiada air mata dipipi yg ada hanya air mata di dada ini ...

Sangat-sangat mengaibkan aku fitnah ini ... sangat-sangat besar kesan yew kpd aku ... hingga ke Akhirat aku tak akan memaafkan org yg buat aku mcm nie ...

Berdosa kah aku jika aku dilahirkan dan dinamakan dgn nama RAIHAN ... adakah itu membuatkan org yg memfitnah aku berasa iri hati ... bermacam-macam persoalan datang silih berganti , masih tidak dpt menerima fitnah itu dalam kisahku ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan