Jodoh - Kisahku Jodoh

Jodoh






Berkisah tentang jodoh ...

Tarik nafas panjang-panjang ... lepasss .

Jodoh !!! tak tahu nak mula dari mana ... memang untuk adik-adik aku selalu bagitau kat dia orang , kalu nk cari calon suami @ isteri yang penting , tanya tentang solat , sempurna tak 5 kali sehari. Memang penting sbb solat 5 waktu itu WAJIB.

Dulu ... seperti kata-kata di atas . Mmg kadang-kadang kita berkawan dgn seseorang dalam tempoh yg lama tapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih jalan hidup masing-masing . Luka tu mmg lah luka tapi nk buat macam mana , dah jodoh takde maka kenelah redha ... setiap apa yg terjadi pasti ada sebabnya. Dia tidak dilahirkan untuk menjadi pasangan kita tetapi menjadi kenangan kita. Doakan yg terbaik untuk dia , moga kita dan dia berbahagia bersama pasangan masing-masing. Mana tahu , berjodoh untuk berbesan polak huhuhu ...

Jodoh vs Usia

Kita tak tahu bila kita akan bertemu jodoh ...


Kadang-kadang kita ingin melihat teman kita bertemu jodoh. Kita juga ingin teman kita merasa manis pahit perjalanan sebuah perkahwinan itu. Kita rasa bahagia bila teman kita bertemu jodoh.

Semoga teman-teman aku semua akan bertemu jodoh . Amin.






Comel kan gambar kucing nie ...

Sebuah perkahwinan ... ada manis ada pahit. Bila memikirkannya memang gerun lah ... tapi kan yg pahit selalu org kata ubat. Kalu manis aje nanti kene diabetis hehehe ...

Apa-apa pon terpulang pada setiap insan ... perjalanan kisah hidup kita berbeza-beza ... pilihlah yg terbaik untuk jodoh kita kerana kita akan bersamanya sepanjang hayat kita , Insya Allah.


Catat Ulasan

0 Ulasan