Isnin, 18 Jun 2012

Doakan Aku ...

Alhamdulillah ... akhirnya impian aku untuk menyambung pengajian telah terlaksana. Skrg dalam semesta 1 , Insya Allah ... akan ada 10 semesta dalam pengajian aku.

1 semesta ada 3 subjek bersamaan dengan 4 bulan. Bila dihitung-hitung , pejam celik pejam celik ... masa akan berlalu dengan pantas.

Org selalu bertanya , kenapa ambik Diploma. Bukan ke awk dah ade Diploma. Memang betul saya ada Diploma , tapi saya rasa untuk diri saya , saya rasa ingin menimba ilmu dari aspek HR pulak , duluw saya belajar Diploma Pentadbiran Perniagaan. Diploma ini khas untuk pekerjaan saya masa itu sebagai kerani pentadbiran dan sebagai ilmu untuk saya aplikasi dalam perniagaan saya.

Baru saja bergelar pelajar pada Mei lepas , mmg sgt lah sibuk yew ... Bila mula-mula masuk kelas rasa mcm nak nangis sbb itulah kali pertama saya masuk dalam persekitaran universiti. Siap suruh En Suami tunggu, tapi dia tinggal jugak huhuhu ... dia kata mcm budak-budak. Entah lah... sabo aje tau.

Maka aku gagahkan diri untuk melangkahkan kaki ke fasa baru kisahku ...

Doakan aku agar berjaya mencapai apa yang aku cita-cita kan . Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan