I Think I Can ... - Kisahku I Think I Can ...

I Think I Can ...






Apa yang di Think Think Think ... kannn pon tak tahu lah hehehe ...

Sebenarnya banyak perkara yang selalu kisahku think kan dalam kehidupan ini ... nie tgh think nk buat assignment yang terbaik untuk subjek Basic Interpersonal Communication. Dah memulakan assignment , baru aje dapat 3 muka surat. Semuanya lebih kurang 10-12 muka surat.

Alhamdullilah ... untuk assignment Written English Communication dah siap ... lega sesangat. Lepas habis aje assignment Basic Interpersonal buka polakkk assignment Marketing. Due date semua assignment pada tutor keempat iaitu 11 November 2012. Insya Allah ... I Think I Can Do It !!!


Pada 16 Disember 2012 , Insya Allah , My Hubby tercinta akan konvo di PWTC . Seronok rasanya  ... teruja pon ada.  Kira My Hubby mentor aku dalam Pengajian Jarak Jauh nie. Alhamdulillah kerana mendapat sokongan dari suami dan keluarga tercinta.

Kadang kala  tuw ada tertanya jugak pada diri kenapa lah aku bersusah payah nk sambung pengajian , hidup dah selesa ... gaji ada , suami ada , anak ada , rumah ada , kereta ada, kerja ada ... kira serba serbi lengkaplah. Nawaitu aku satu ... apa-apa pon yang aku lakukan dalam kisahku selalu aku niatkan hanya kerana Allah SWT.

Dalam perkahwinan ... semuanya aku lakukan kerana Allah SWT. Aku mengasihi suami aku kerana Allah SWT. Bila aku berpindah masuk dari tahun 2003 hingga kini duduk sekali dengan mertua , aku tak lakukan kerana suami tapi aku niatkan kerana Allah SWT. Ada manis dan pahit namun aku telan sbb itu satu anugerah daripada NYA .CINTA aku yang tertinggi adalah cinta kepada Pemilik Sekalian Alam. Aku milik Allah ... suatu hari aku akan kembali kepada NYA.


Untuk pesanan buat diri ...



Kadang-kadang kita dianugerahi rezeki tidak disangka. 
Dalam masa yang sama, ujian datang menguji ketabahan.
Indah sekali pentarbiahan dari Ilahi..
Kita mungkin sombong dan riak dengan anugerah kenikmatan. 
Lantaran ujian yang diutuskan, kita redha, akur dan sedar..
siapalah kita di dunia sementara ini..
Hanya musafir menunggu waktu untuk kembali..
 


Catat Ulasan

0 Ulasan