Rabu, 9 Oktober 2013

Bicara Cintaku ...

Cinta mengajar aku tentang ilmu dalam kehidupan ..

Sepanjang perjalanan kisahku ... aku selalu berkata dalam hatiku. Ya Allah , hamba Mu ini hidup dan mati kerna Mu Ya Allah.

Apa pun cinta yang hadir dalam kisahku , aku sandarkan pada Mu , Ya Allah. Aku niatkan kerana Mu Ya Allah. Aku ini milik Mu ,Ya Allah. Hamba Allah yang sangat kerdil dan aku bersifat sementara. Cintaku akan ku bawa pergi.

27 September 2013 ... genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah , masih diberi pinjam roh ini oleh pencipta Nya.

Aku diuji ... sangat derita dan luka hati ini. Sekeping hati yang hancur. Menangis tersesak-esak aku ketika itu. Sangat berat ujian ini aku rasa. Saat aku menulis n3 ini pun, aku menjadi sesak nafas. Aku berasakan cinta yang ku beri umpama tiada harganya. Aku masih lagi bernafas kau calarkan cintaku.

Sekarang aku sedar , dengan ujian ini ... Allah SWT menunjukkan bahawa cinta manusia itu sifatnya sementara. Jangan terlalu mencintai selain cinta pada Nya , Allah SWT yang Maha Kuasa.

Ya Allah , hanya pada Mu tempat hamba Mu berserah. Aku berdoa semoga cinta yang terbina ini lebih utuh. Moga cinta ini akan membawa kami ke Syurga Mu. Aku memang cinta dia namun aku mencintai dia kerna Mu Ya Allah. Berikan lah aku kekuatan selama nafasku masih ada di dunia ini. Amin.

Ya Allah semoga dia menghargai kehadiran kisahku dalam kisah hidupnya. Anugerahkan jua dalam kisahku kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin ...

Rindu sangat kat My Sweet Soffiyyah n Anak Kedua ku. Ummi CINTA anak-anak ummi. Love U sampai ke syurga ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan