Bila hati mula berbicara - Kisahku Bila hati mula berbicara

Bila hati mula berbicara






Assalammualaikum kepada semua pembaca blog kisahku ... apa khabar? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat dan senantiasa di bawah rahmat Allah SWT. Lama betul saya tinggalkan blog ini kannn... tak tahu nak kisahkan macam mana. Sejak peristiwa PAHIT saya pada tahun 2013, saya jadi takut untuk menulis. Saya takut terbocor semua kisah-kisahku yang agak sulit untuk dikongsikan bersama. Belum masanya lagi saya coretkan peristiwa itu di dalam blog kisahku ini.

Ada orang kata, bila saya menulis dalam blog ini... seolah-olah saya nak bagitau kisah-kisah kehidupan saya kepada satu DUNIA. Hemmm ... persepsi manusia, pelbagai-bagai. Terpulang kepada kamu nak buat persepsi-persepsi yang bagaimana??? Saya tetap akan menulis selagi kata hati saya kata, kamu kene menulis. Abaikan sahaja kata-kata manusia pada kamu.

Cuma saya tak tahu bagaimana lagi harus saya hapuskan segala kenangan yang sangat pahit berkaitan peristiwa yang berlaku pada tahun 2013. Ya Allah , sukar betul untuk saya lepaskan diri saya dari kenangan itu. Rasa dah sangat-sangat letih, dah tak berdaya. Adakala, saya termenung sendiri, bagaimana saya nak dapatkan balik hati saya yang dah hancur. Kalau setakat hati terluka, mungkin bisa dijahit kembalikan hehehe... tapi hati saya dah hancur macam masuk dalam blender ... Entahlah.

Sekarang aku jadi manusia yang sangat pendiam dan beku. Kesiankan , sedih betul kan...

Inilah saya... asal menulis mesti nak tulis yang sedih-sedih huhuhu ... nak baca boleh, tak nak baca pun boleh.

Maafkan saya bila hati mula berbicara sebab hati saya dah hancur sebab itu gaya tulisan saya mesti sedih-sedih. Saya belum pulih lagi. Saya tak tahu sampai bila. Harap sudi doakan saya dan saya dapat pulihkan semula hati saya yang dah hancur itu.

Saya sayang KISAHKU.

Catat Ulasan

0 Ulasan