Khamis, 18 Februari 2016

Jutawan dari rumah






Gempak tak tajuk catatan kali ini. Terperanjat mak-mak jemah yang terjumpa dan terbaca hehehe ... Inilah kisahku aka kisah hambo. Bisnes hanya dari rumah aje. Bisnes ini sangat sesuai bagi hambo yang banyak sangat kerjanya. Ewah... banyaklah sangat kan.

Sebenarnya ber 'bisnes nie memang aku minat dari sekolah rendah lagi. Dulu-dulu , waktu cuti sekolah, aku lebih banyak habiskan masa kat kebun. Tanamlah cili ke ubi kayu ke. Tp jangan kata tumbuh lalang polak taw. Tetap tuai hasil. Jual cili dengan ubi kayu kat jiran-jiran. Masa tuw seringgit pun aku rasa dah besar sangat nilai yew. Almaklumlah, selalu abah bagi duit belanje harian 20 sen sehari. Seposen sekolah kebangsaan seposen sekolah agama. Nak beli pisang goreng pun meleleh air liur dengan air mata. Sedih siut huhuhu... itulah kenangan indah kisahku si budak comot. Ingat kalu laki aku jumpa aku masa tuw, sah-sah dia reject aku hahaha ... tapi aku dulu ramai pakwe, kira satu kampung tuw budak laki-laki semua pakwe aku. Betapa aku dulu sangat playgirls ok.

Sekarang aku berjinak-jinak dengan jual kuih kapit terlajak sedap dan ranggup. Semuanya hanya buat dari rumah. Insya Allah, berdoa, matlamat nak dapat jualan 100 balang pada Aidilfitri.

Usaha usaha dan terus berusaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan