Selasa, 19 April 2016

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI


SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI
(PRIK KEE NOO)
Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan
Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah
Perkongsian resepi masakan dari whatsap group sahabat masakan . Terima kasih kpd sahabat masak-masak ummi Soffi Ijam. Saya memang suka makan ikan siakap stim nie. Emmmm, sedap yew.



Hasil perkongsian resepi dari group whatsapp sahabat masakan kisahku. Sekali sekala , catatan tentang resepi polak hehehe ... Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan