Jumaat, 13 Mei 2016

7 yang HEBAT


Nombor asas adalah 7.
Elemen anda adalah AIR


Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.

Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.



Sejujurnya saya memang sedang "Mencari " dan menkaji tentang diri saya sendiri. Sedang belajar mendekati dan mendalami ilmu metafizik dan Aura. Minat meneroka keajaiban ciptaan Tuhan. Ini lah Kisahku.

Sedang berusaha dengan gigihnya untuk menguasai kuasa P E R C A Y A . 7 abjad kan ... sangat hebat no 7 kan. Ok , senyum sikit. Tak payah lah serius sangat. Jumpa lagi ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan