Ajaibnya Aura - Kisahku Ajaibnya Aura

Ajaibnya Aura





Alhamdulillah, melalui fasa-fasa kisahku yang sangat indah. Setelah melalui kisah-kisah kedukaan hampir 3 tahun.

Penawar atau ubat kepada kedukaan adalah diri kita sendiri. Hari ini aku memilih untuk melepaskan segala-galanya. Aku menemui cinta yang baru. Cinta yang membuat diriku senantiasa segar. Sangat terasa nyaman kisahku kini.

Cinta jiwa ... terima kasih Allah. Di atas anugerah ini. Kini aku tahu , apa yang perlu aku fokuskan. Cinta kisahku sangat indah. Hidup ini adalah satu anugerah terindah.

Terima kasih buat cinta-cinta jiwaku... Love you so much.







Khas buat sahabatku 'beb'

Beb, aku tahu kamu puas memberi nasihat kepada diri ini, namun aku selalu abaikan. Kamu pinta aku untuk tumbuhkan hati berbentuk bintang. Kamu pinta aku lepaskan bara api itu. Namun aku lah sabahatmu yang sangat degil.

Beb, hari ini air mata aku tumpah sewaktu sujud dhuhaku. Aku lepaskan segala-galanya beb. Aku lepaskan bara api itu beb. Allah sahaja yang tahu betapa nyamannya hati kirstal aku kini. Aku kini bahagia beb. Terima kasih beb, sebab kamu senantiasa ada saat duka dan tawa ku. Aku berdoa agar kamu sahabat yang akan menjadi jiran aku di syurga nanti. Insya Allah, Aamiin.



Jiwai Aura mu ... Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan