Rabu, 11 Mei 2016

JOM KENALI WANGIAN KESUKAAN ANDA


1. ABSOLUTE atau esen haruman. Material aromatik terkuat yg diekstrak daripada bunga atau tumbuhan.
• 2. ACCORD iaitu campuran 1 atau lebih wangian utk menghasilkan bau baru yg lebih lengkap dan berlainan.
• 3. ALDEHYDES adalah komponen organik yg dihasilkan menerusi material semulajadi. Boleh juga diperolehi secara sintesis.
• 4. AQUEOUS pula merujuk kepada haruman yg berkonsepkan aroma 'air'.
• 5. ATTAR iaitu apa sahaja minyak pati haruman yg disuling daripada bunga.
• 6. BASE NOTE atau nota asas iaitu fasa ketiga atau terakhir dalam penyejatan minyak wangi atau haruman yg tertinggal pada kulit.
• 7. BALSAMIC iaitu nota mewah,manis dan hangat yg dihasilkan menggunakan balsam dan damar dan dikategorikan sebagai haruman oriental.
• 8. BOUQUET adalah campuran lebih daripada satu nota bunga-bungaan.
• 9. CAMPHORACEOUS adalah karekter yg segar,bersih dan dingin yg terbina daripada kayu putih dan turut dihuraikan oleh rosemary dan nota herbal yg lain.
• 10. CHYPRE disebut sebagai 'sheepra' dan dalam bahasa Perancis,Cyprus. Dikaitkan dengan bau woody,mossy dan earthy.
• 11. CITRUS adalah nota haruman yg segar dan masam daripada lemon,oren,limau gedang dan bergamot.
• 12. EAU DE COLOGNE adalah dari larutan yg mengandungi kira2 tiga peratus komponen dalam alkohol/water base. Lebih ringan berbandingminyak wangi.
• 13. EAU DE PARFUM adalah larutan minyak wangi alkaholik yg mengandungi 10-16 peratus komponen pewangi.
• 14.EAU DE TOILETTE merupakan larutan minyak wangi berasaskan air/alkohol yg mengandungi tiga ke lapan peratus komponen pewangi sahaja.
• 15. ESSENTIAL OIL merupakan minyak pati yg mempunyai kepekatan wangian yg tinggi daripada tumbuhan yg diperolehi menerusi kaedah penyulingan.
• 16. EXTRAIT adalah ekstrak atau nama lainnya pewangi alkaholik yg mengandungi 15- 45 peratus komponen minyak wangi di dalam alkohol.
• 17. PERFUME (EXTRAIT) merupakan haruman berkepekatan paling tinggi dan tahan lebih lama dan mengandungi 20-50 peratus komponen wangian.
• 18. TOP NOTE adalah merupakan nota asas yg pertama akan dibau sebaik minyak wangi disemburkan pada kulit. Biasanya ia bahan yg paling mudah berubah.
• 19. SPICY adalah salah satu jenis nota haruman yg pedas dan hangat seperti minyak cengkih,kayu manis dan thyme.
• 20. WOODY terdiri daripada bau kayu-kayan kering yg segar dan menjadi salah satu bahan utama untuk menghasilkan wangian.

sumber : facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan