Isnin, 6 Mac 2017

Ikan Bakar Beratoq Mantap


Tak agak-agak bagi nama hehehe ... Menu hujung minggu kami sekeluarga. Segar dari laut. Rasa memang mantap. Resepi membakor ikan dari air tangan aku. Nak jadi lagenda kan, harus kene cipta resepi bagi orang-orang yang makan terbayang-bayang keenakannya. Tak gituw.

Resepi Ikan Bakor Beratoq Mantap

Perencahnya adalah, serai, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili giling, garam, perasa dan sedikit serbuk kunyit. Satukan semua bahan dan ditumbuk menggunakan lesung batu legend ibu mertuaku. Hah! senangkan. Lepas itu, bakor lah seperti biasa.

Menu wajib aku nie. Dicicah bersama sambal belacan dikacuk dengan sambal asam jawa. Orang jawa katakan.

Selamat mencuba resepi dari dapurku kisahku syurgaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan