Rak Oh Rak - Kisahku Rak Oh Rak

Rak Oh Rak

 Selepas : Rak Buku Novel Dewasa Berpelangi

 Sebelum : Rak Buku Kanak-Kanak

 I Lap You DEBU

Ini lah kerja aku sekarang, mengemas-mengemas tak siap-siap hehehe ... Nak mengelola 52 ribu buku dengan 7 rak sahaja di Bangunan dTaman. Bagaimana? Kene fikir di luar kotak. Tak boleh bagi alasan. Alasan akan buat kita jadi MALAS dan nampak sangat tak buat kerja.

Buat pelan-pelan. Balik rumah sakit pinggang minta tolong suami tekan. Bunyi tetulang sana sini.Esok tak serik-serik, buat lagi. Hidung pula asyik berair. Sebulan sampai 2 kali kene selesema. Takpe, makan ubat sebiji esok baik, kemudian lap debu lagi. Sudah kerja. Nanti aku dikata tak buat kerja. Makan hati lagi. 

Ini sedikit ujian dan cabaran Allah bagi. Bersyukur. Bila tengok orang bekerja buat jalan raya, buat longkang, lagi mencabar. Panas ditambah debu sana sini. Mereka tetap buat kerja walau tak dipandang orang. Tak dipuji pun walhal hari-hari kita menggunakan jalan raya. 

Belajar belajar dan terus belajar melihat kisah di sekeliling buat motivasi diri agar kuat menghadapi kisahku.

Catat Ulasan

0 Ulasan