Isnin, 6 Mac 2017

SABAR




Keindahan itu hadir bila mana kita memilih untuk SABAR. Tidak mengapa, teruskan melangkah dengan usaha dan tawakal kepada Allah SWT.

Menangis? Insya Allah, tiada dalam kamus Kisahku.

Aku berdiam bukan bererti aku alpa dengan semuanya. Aku belajar bersangka baik. Sangkaan yang baik-baik dan yang indah-indah. Kamu? Terpulang kepada kamu, apa yang kau kejar dari sekeping hati dia. Aku? Melihat melihat melihat dan terus melihat segala perlakuanmu. Di sini aku masih boleh tersenyum, tenang dan bahagia. Kenapa? Kerna aku ADA DIA YANG MAHA ESA.

Dunia hanya sebentar cuma, yang kekal di sana nanti. Jalani dengan IMAN. Insya Allah. Aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan