Ajaibnya Energi Ilmu Buku - Kisahku Ajaibnya Energi Ilmu Buku

Ajaibnya Energi Ilmu Buku






Hari ini dapat idea untuk buat aktiviti bersama komuniti pada 27/1/18 sabtu minggu ke empat . Aku sentuh-sentuh dan terpandang buku-buku tu, kemudian terus dapat idea. Alhamdulillah.

Walaupun di sini aku bertugas seorang tak semestinya aku statik dan beku kan. Tugas diteruskan sebagaimana aku pernah bertugas di Pekan dan Daerah. Cuma di sini takde lah rakan-rakan sekerja nak bantu.

Tidak mengapa, buat sahaja yang termampu. Sebagaimana semua orang nak berjaya. Aku pun nak berjaya mendekati dan mendepani komuniti di sini. Dulu bila masuk sini, aku agak seram sikit. Maklumlah, pengalaman pertama bertugas di desa. Tapi tak perlu bagi alasan. Buat pelan-pelan janji buat. Jangan tak buat langsung.

Buat bukan sebab nak bagi orang bagi pujian tapi ini lah harga yang aku dapat setiap bulan. Nilai dari wang-wang yang aku dapat. Syukur kerna Allah SWT beri rezeki ini. Bukan senang nak dapat, jadi aku kene buat betul-betul. Buat bukan kerna manusia tapi sebab Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Ajaibnya Energi Ilmu Buku. Aku Kisahku.


Catat Ulasan

0 Ulasan