ZERO to HERO - Kisahku ZERO to HERO

ZERO to HERO



Alhamdulillah, hari ini penghujung bulan kasih sayang, kata ramai orang. Agak yew lepas ni, kasih sayang hilang sebagaimana hilangnya bulan FEBRUARI bagi tahun 2018. Minta dijauhkan. TAK NAK OK!

Bagi aku, kasih sayang tu ada di setiap saat. Tak kira bulan berape. Bukan nak menulis tentang KASIH SAYANG tetapi nak tulis tentang aku yang sudah setahun di sini.

Mula bertukar dari bulan Februari 2017 dan bulan Februari 2018, genap usia SETAHUN. Diam tak diam setahun aku di sini hehehe. Banyak jugak pengalaman yang aku raih di sini. Kadang tu bila bertukar ibarat kita di beri BERLIAN dalam pengalaman hidup. Sangat rugi kepada mereka yang tidak merasa pengalaman ini. Mungkin bukan rezeki mereka. Baik bagi aku tak semestinya baik untuk mereka.

Aku pun tak pasti sama ada aku kekal di sini atau pun tidak. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk aku tidak menjalankan segala yang diberi. Kerja tetap ditunaikan dengan happy happy penuh FOKUS gituw.

Gambar tu meja kerja aku. Bila di sini aku selalu mengalami masalah teknikal komputer selalu down. Mungkin komputer terperanjat CARA KERJA MANTAN DAERAH DAN PEKAN kot hehehe ... Itu tidak menjadi masalah kerna setiap cabaran memantangkan aku. Sekurang-kurangnya aku boleh kilatkan ilmu teknikal komputer aku ini. Tak boleh manja-manja bila sendiri di DESA. CEKAL MAHU GEMPAK dalam HATI dan JIWA.

Nak tulis panjang-panjang takut terluah isi hati bintang maka kita jumpa di lain helaian kisahku.

ZERO to HERO dan Aku Kisahku




Catat Ulasan

0 Ulasan