16 Ramadhan - Kisahku 16 Ramadhan

16 Ramadhan


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik masuk ke 16 Ramadhan. Tahun ini raya aku sambut sederhana sahaja. Mensyukuri segala nikmat dan rezeki kurniaan Allah. Tahun ni Ramadhan kedua aku bertugas di desa. Sudah semakin selesa. Pada 7 hari Ramadhan, Allah bagi rezeki, aircond. Sejuk macam peti ais.

Bila kita belajar untuk mendidik hati dan jiwa kita menerima apa jua takdir Nya yang telah tertulis, Insya Allah, yang datang dalam kehidupan kita baik-baik sahaja. Syukur alhamdulillah.

Hari jumaat ini cuaca sejuk, mendung. Tenang sambil menjalani ibadah puasa dan tetap sendiri di sini melaksanakan tugasan yg telah diberi. Buat pelan-pelan, seadanya diriku. Ada kala tak mampu, namun gigih dan gigil aku dayakan usaha. Aku manusia biasa ada masa terbias rasa. Tidak mengapa, selagi hidup sudah pasti aku ada Allah SWT.

Teruskan langkah kisahku ... Senyum dan Syukur Selalu.



16 Ramadhan dan Aku Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan