Buku - Kisahku Buku

Buku



Tak pernah nak jemu kalu dengan buku ni. Sangat asyik bila ada buku keliling pinggang. Dari kecik sampai besar membaca adalah hobi paling digemari. Selain membaca aku pun suka menulis. Menulis kata-kata motivasi yang pendek -pendek buat diri selalu beringat.

Alhamdulillah, hidup ini terasa tenang apabila kita tahu hala tuju kita ke mana akhirnya.

Cuma sekarang bila baca tak tahu dengan siapa nak berdebat. Dulu masa kerja di Daerah ada jugak best friend forever  yg sama-sama minat membaca buku. Bila petang kita buat sesi berdebat buku-buku apa yg telah dibaca. Kemudian kita sharing sama-sama ilmu yg ada dalam buku tu. Rindunya pada saat itu. Bila bertukar di sini sangat terasa kehilangan itu. Kat sini nak debat dgn sapa, dinding aje banyak hehehe... sila bertabah wahai diri.

Pandang sesuatu kisah itu dari sudut positif, mungkin pengalaman berharga yg terisi dalam kisahku. Tidak mengapa, jalani sahaja dengan redha. Sabar itu kunci segala ketenangan .

Buku dan Aku Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan