TERAPI SIHAT DAN AWET MUDA - Kisahku TERAPI SIHAT DAN AWET MUDA

TERAPI SIHAT DAN AWET MUDA








Alhamdulillah, bila bertugas seorang bukan bermakna kene tenggelam di bawa arus kebosanan. Perlu cari dan gali keseronokan untuk bekerja. Aku ni memang minat berkebun. Dari kecil sampai ke besar hehehe

Dulu masa cuti sekolah, memang suka buat kebun belakang rumah. Buat batas tanam pokok cili, pokok ubi dan macam-macam lagi. Bila bekerja di Pekan Dataran memang masa tu menggila beli pasu bunga yang besar-besar untuk tanam bunga. Sampai sekarang ada lagi pasunya. Kira tinggalan aku tu.

Bila kene bertukar ke Daerah, aku lebih slow sedikit sebab memang masa selalu padat dengan segala tugasan hakiki dan hakikat. Nak siram pokok yang sedia ada pon tak sempat. Bak org Perak kata, Bizi bebenor ko yeop! hihihi

Sekarang bertukar ke Desa pulak. Mula-mula masuk memang agak sukar nak terima hakikat sebab kene mula dari awal balik. Kene buat rombakan besar-besaran. Mula-mula masuk kene buat pengubahsuaian kedudukan kaunter dan kedudukan rak buku. Kene semak segala fail-fail dan perkara paling penting kene susun atur balik koleksi buku-buku. Penat jangan cakaplah. Awal-awal masuk memang selalu sakit.

Hari ini menuju ke tahun kedua di sini. Masih setia menjadi penghuni Banglo Buku yg terletak di Taman Muhibbah. Nama pon Muhibbah jadi memang muhibbah senantiasa di sini. Kebun dTaman tu aku buat perlahan-lahan. Pasu memang sudah sedia ada. Cuma beli tanah dan anak benih. Gambar di atas tu antara pokok-pokok yang telah di tanam. Ada juga sedang dilaksanakan projek kebun sayur subur ni, aku tanam guna botol-botol mineral yang orang tak nak. Aku ambil kemudian buat kebun ala-ala hidronik. Tanam sayur, kailan, kangkung dan bayam. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Berkebun ni antara rahsia untuk kekal aktif sihat dan awet muda. Tak percaya? Sila tengok gambar aku tu. Memang sapa tengok tergoda habis, umur 40 tahun ok bukan 24 tahun atau 34 tahun. Hilang segala rasa yang terbeban bila kita melihat kebun yang menghijau. Rasa nyaman dan rasa aman. Best perasaan ini.


Terapi Sihat dan Awet Muda dan Aku Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan