Weather - Kisahku Weather

Weather








Amboi tajuk tak boleh belah hehehe. Weather  Apakah???

Takde apa lah, saje aje nak bagitau cuaca diri ini yg semakin rajin mencoba resepi-resepi yg digemari. Dulu manja sangat. Minta orang buatkan. Sekarang buat sendiri. Main campak-campak aje. Adakala sedap ada kala gigih nak habiskan.

Percobaan pertama kali buat kek batik. Alhamdulillah, menjadi dan memang sangat lazat dan berzat, gituw. Macam dah tersuka dengan resepi ni. Rupanya mudah aje buat kek batik ni. Tak lah sesusah mana. Janji ada biskut merry, butter, susu dan serbuk koko, jalan. Terus boleh buat.

Rasa mcm boleh diniagakan ni. Adoi, otak asyik nak berniaga aje. Tak fikir lain, sabar aje tau. Hari ni hari jumaat, nak buat kek batik lg. Anak suka makan, Ummi suka masak. Harapnya datanglah angin kerajinan 200 peratus. Aamiin.

Weather dan Aku Kisahku.

Catat Ulasan

0 Ulasan