Kangkung oh Kangkung - Kisahku Kangkung oh Kangkung

Kangkung oh Kangkung



Alhamdulillah, subur dan menghijau sayur kangkung. Bila tengok hati ada sejuk dan nyaman. Seronok rupanya bercucuk tanam. Antara hobi yang dah lama ditinggalkan. Tapi aku tak makan sayur kangkung, cuma suka masak dan tanam sayur kangkung.

Mudah sahaja rupanya nak tanam kangkung. Ada tempat dan tanah, tabur benih lepas tu tiap hari siram, Insya Allah, jadilah kangkung. Walaupun orang kata sayur kangkung ni murah tapi bila kita dapat tanam sendiri memang nikmat. Rasa macam dapat panjat langit hehehe

Sebenarnya ada tanaman lain, aku tanam sayur kailan dan bayam. Tapi kurang menjadi. Takpe usaha kan lagi, gagal sekali tak bererti aku kene berhenti dari meneruskan projek kebun sayur dTaman.

Jom berkebun untuk aktiviti sihat. Terapi semulajadi buat hati dan jiwa menjadi sihat.

Kangkung oh Kangkung dan Aku Kisahku.

Catat Ulasan

0 Ulasan