Kebun dTaman - Kisahku Kebun dTaman

Kebun dTaman



Alhamdulillah, kebun dTaman Banglo Buku dah keluarkan hasil. Percubaan pertama, hasil kangkung sahaja yang berjaya dituai. Kailan masih menunggu dengan penuh sabar dan senyuman. Tidak mengapa, kita jalan dulu dengan apa yang ada. Insya Allah, dalam proses tambahbaik kebun dTaman ini. Buat pelan-pelan tapi berjalan.

Kenapa memilih untuk buat projek kebun dTaman ini. Sebenarnya bukan kat sini tak banyak kerja. Kalau diikut memang terlalu banyak kerja sebab nak menarah gunung buku di bilik belakang yang ditinggalkan lama oleh seseorang.Mula-mula masuk di sini memang angin diri tidak berape baik . Tahun pertama memang selalu sakit-sakit badan. Dalam sakit buat jugak dan touch buku di rak dan di tepi dinding. Nak tak nak kene buat.

Tahun ini masuk tahun kedua, maka gigih aku dayakan usaha, kalu diikut aku pon bukan rajin sangat. Dengan keadaan cuaca yang agak terik, aku lebih banyak duduk dan malas bergerak sana sini. Selalu sembang dengan suami, mcm mana nak buat buku-buku dalam bilik belakang tu. Suami cakap, ambil satu buku sehari. Insya Allah, setahun atau 2 tahun siap. Buat pelan-pelan tapi jalan nanti siaplah. Mengambil kata-kata suami, memang aku ikut saranannya. Setiap petang aku ambil satu hingga lima buku. Aku keluarkan, aku lap dan aku buka dan baca. Banyaknya buku yang berusia 10 tahun ke atas.

Jadi kerja ini tidak mudah dan juga tidak susah bila kita berjaya pecahkan kemalasan diri. Maka aku perlukan terapi diri yang boleh buat mata dan jiwa jadi tenang. Kebetulan aku nampak botol-botol mineral minuman terbuang. Aku pon kutip dan try and error untuk buat kebun dTaman ni. Bila pandang biji benih tumbuh bagaikan memberi semangat untuk aku meneruskan lagi kerja-kerja yg ada. Kebun dTaman ni buat aku tenang aje.

Dahulu semasa di Pekan dan Daerah aku masih punya rakan sekerja yang senantiasa membina semangat kerja . Tapi bila di sini aku sorang. Tak akan aku nak jadi gila bercakap dengan dinding kan. Dah lah hobi aku ni bercakap. Tetiba tercampak kat sini sorang-sorang. Sakan aku rasa nak kemurungan. Jahat tau bos hehehe. Tapi aku berterima kasih dengan bos-bos aku kerna memilih dan selalu mencalonkan aku untuk bertukar-tukar tempat kerja. Kalu tak mana nak datang pengalaman berharga ni, orang lain tak ada tapi aku ada. Itu yang buat diri aku lebih MAHAL. Aku rasa kat daerah sini, aku satu-satunya pekerja yang diberi peluang berpindah-pindah tak sampai 13 tahun berkerja. Jadi dengan adanya kebun dTaman yang menghijau, dapat aku sembang dan layan perasaan bila pagi dan petang. Daripada aku curi masa balik awal nanti kene sebat ada faedahnya aku dok sini sambil belai-belai tanaman. Bila dah leka, tetiba tengok jam dah masuk magrib. Apa tunggu lagi , teruslah balik macam naik roket. Gurau aje, biasanya tak lebih dari 6.10 minit petang aku dah balik.

Sebenarnya tanaman pon mendoakan kita. Tumbuhan ini adalah bende hidup. Sebab kita tanam, kemudian dia akan tumbuh perlahan-lahan. Ada prosesnya. Macam kita juga. Dari benih Ayah dan Mak kita tumbuh berlahan-lahan sehingga ke usia ini. Cuma sekarang aku sedang dalam proses untuk menguruskan hati bintang baru aku ini. Mudah sangat ada sesuatu. Mungkin aku dah lama di Daerah di mana aku yang bercakap lepas. Bila di sini, aku perlu kawal semuanya. Menjadi Raihan yang Silence, No More Raihan yang riuh. Bukan mudah tapi usahakan jugak walaupun terlepas sedas dua hehhe, dah tabiat nak buat macam mana kan. Lepaskan aje dari tersimpan jadi barah.

Hari sabtu menulis agak panjang, lama tak buat penulisan panjang-panjang ni. Lebih banyak sekarang ini aku buat contengan ayat-ayat pendek dikertas. Alhamdulillah , terima kasih kepada pembaca setia blog kisahku. Aku memang tak tahu siapa yang menjadi pembaca setia blog ini. Namun aku doakan kamu senantiasa punya kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat, Insya Allah, Aamiin.

Kebun dTaman dan Aku Kisahku.



Catat Ulasan

0 Ulasan