PEGAGA - Kisahku PEGAGA

PEGAGA





Alhamdulillah, hari ini buat projek menanam PEGAGA. Aku kitar semula botol-botol mineral yang ada hehehe . Bila berkerja di perpustakaan desa kerja aku selain kerja hakiki dan hakikat, nilah kerja aku. Menanam menanam menanam. Rasa seronok sahaja bila dapat tengok tumbuh tumbuhan yang aku tanam hidup. Bak menghidupkan semangat juang dalam diri. RAIHAN BOLEH !!!



Buat sahabat syurga tersenyum dan happy bak mengalirkan energi happy dalam diri. I'am 40 years now . Pejam celik pejam celik umur dah menginjak ke angka 4 siri. Memang sangat berdebar, rasa nak nangis pon ada. Alahai, tu baru 4 siri. Kalu 5 siri tak tahulah macam mana gayanya. Fasa-fasa usia kematangan. Tak lama dah nak hidup. Mungkin tak jumpa angka 8 siri. Pejam celik pejam celik terus terpejam. Allahuakhbar. Terima kasih beb yang sudi menemani kisah-kisah hidup aku saat susah dan senang. Tika dia terhina , aku pulak yang menangis bak air terjun. Melihat susah payahnya dia melalui segala tohmahan aku sedaya upaya terlihat kuat membela. Saat orang bertalu-talu membaling batu ke arah aku, dia sudi lap percikan darah-darahku yang tertumpah. Membalut segala kelukaan. Saat aku tak berdaya untuk berfikir, dia sudi bersengkang mata membaca surah Yassin buat sahabatnya ini. Seolah-olah memberikan oksigen kehidupan buat aku. Tiada kata yang indah dapat aku berikan buat sahabat syurgaku ini, setulus ingatan dari jauh, doaku senantiasa mengiringi hidup mu beb. I always love you so much beb .

PEGAGA dan Aku Kisahku


Catat Ulasan

0 Ulasan