Bila Cikgu Menulis - Kisahku Bila Cikgu Menulis

Bila Cikgu Menulis



Minggu ni aku baca buku ni, best sangat. Gaya bahasa dalam tulisan santai sahaja. Siap tergelak-gelak. Lepas tu siap berangan kalu suami aku menulis buku agaknya macam mana lah ye hehehe






Ni dia En Cikgu. Mengajar dari tahun 1997 sampai sekarang. Mesti banyak catatan pengalaman yang boleh dibukukan. Hai lah, kenapa tak dari dulu aku minta dia menulis. Kan dah menyesal. Menjadi antara orang yang berdampingan dengan cikgu ni pelbagai pengalaman boleh dilakarkan dikanvas kisahku. Adakala gembira dan ada kala sebaliknya.

Andai dahulu waktu aku sekolah darjah lagi. Paling aku hormat dan takut ialah cikgu. Pada pandangan aku cikgu ni orang yang sangat pandai. Sampai cita-cita pon aku tulis nak jadi cikgu. Macam best aje jadi cikgu.

Tapi itu lah kehidupan. Walaupon tak jadi cikgu , dapat jadi isteri cikgu pon dah tercapai jugak cita-cita aku. Cikgu jugak kan heheheh

Misi aku bulan januari ni aku mesti tulis 7 catatan kisahku di sini. Apa guna ada blog tapi asyik bersawang je kan hehehehe. Ingatan buat diri. Mana tahu, andai aku dah takde nanti, anak dan cucu cicit boleh baca blog kesayangan aku ni. Aku anggap blog ni adalah buku kisahku.

#WIN

Catat Ulasan

0 Ulasan