Tumbuh-tumbuhan - Kisahku Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan










Hari ni aku nak kongsikan tentang kisah tumbuh-tumbuhan dan aku. Di sini aku dok gigih menghijaukan laman. Bila ada tumbuhan ni, sejuk sikit persekitaran library. Almaklum kat sini takde aircond seperti 2 tempat bertugas aku yang dahulu. Kalau dulu bak kutub utara sekarang bak gurun sahara hehehe

Biar di mana kita ditukarkan, kita jalani dengan penuh rasa kesyukuran. Kadang tu bila ada rakan-rakan lain yang takut sangat bertukar, aku kelu jugak. Sepanjang bertugas bermula dari tahun 2005 sampai sekarang dah 3 destinasi tempat aku pergi. Bagi aku bertukar ni walaupun kadang ada duka , kita ambil yang gembira sahaja. Anggap pertukaran kita sebagai penghijrahan. Sememangnya bukan perkara yang mudah namun yakin pada takdir  yang telah Allah SWT tetapkan, pasti kita bertemu kekuatan.

Pada pandangan aku, secara jujurnya bila tengok orang yang statik kat sesuatu tempat terlalu lama, mereka jadi selesa hingga terbuai alpa. Kadang tu aku terlihat  keluhan sahaja  dijemari mereka. Aku pon naik pelik.Mungkin aku tak berade di tempat mereka.

Ya , seperti yang selalu terucap. Kau apa tahu, mana kau pernah kerja kat situ. Ok , ya ya ya. Aku tak tahu. 5 tahun di pekan, 6 tahun di daerah dan hingga  kini masih di desa bermula dari Feb 2017 aku kekal menjalani rutin harian. Ada manis ada tawar segala rasa ada.

Orang boleh memperkatakan apa sahaja tentang diri kita. Kita dengar sahaja, senyum . Pilihan kita adalah senantiasa tambah nilai diri kita menjadi yang terbaik antara yang terhebat.

Di mana pon kita dicampakkan, bak kata sahabat dunia akhirat aku selalu kata. Raihan, kau dicampak ke laut kau mesti jadi pulau. Dicampak ke darat kau mesti jadi gunung. Pemangkin semangat aku bila aku tengah down. Terima kasih beb senantiasa ada untuk aku.

Dari nak berkisah tentang tumbuhan terbelok ke kisah lain pulak. Apabila kita rapat dengan tumbuhan, setiap detik penghidupan tumbuhan itu, dari benih hingga bercambah menjadi anak benih dan seterusnya pokok yang cantik. Ada sesuatu energi di situ. Ada kekuasaan yang luar biasa di situ. Ada sumber semangat di situ. Sebab itu aku sangat suka dengan tumbuhan.

Aku dengan tumbuhan itu sahabat akrab .

Catat Ulasan

0 Ulasan