Padi-padiku - Kisahku Padi-padiku

Padi-padiku







Alhamdulillah, semalam sudah menuai hasil padi. Walupun menyusut namun tetap bersyukur. Ini adalah sebuah perjalanan. Dalam kesusahan pasti ada kesenangan di penghujungnya. Kami lalui sahaja.

Aku dan suami memang minat bercucuk tanam. Kalau aku lebih suka bertanam di kebun pasu. Sebab aku mana ada tanah lagi. Hanya menumpang di perpustakaan untuk suburkan minat nan satu ini. Kenapa suka sangat berkebun ni. Mungkin sebab faktor persekitaran di mana ibubapa dan arwah nenek aku memang gemar berkebun.

Dulu kat rumah aku, segala jenis pokok ada. Dari pokok petai, pokok jering, pokok cempedak, pokok nangka, pokok rambutan, pokok rambai, pokok jambu air, pokok kopi, pokok getah, pokok pelam epal, pokok kuini, pokok sawit, hai lah, kalu dihitung segala yang ada tak terhitung hehehe

Jadinya aku pun tersangkut sekali jatuh cinta untuk berkebun. Berkebun ni seronok sebab kita boleh bermain dengan tanah. Memang penat sikit tapi hati kita rasa gembira. Perasaan tu berbunga-bunga indah.

Kisahku terasa indah bila aku duduk merenung hasil tanaman. Pasti tenang sahaja jiwa. Kesempatan yang diberi di sini, tanpa kesibukan yang padat. Boleh aku menterjemahkan minat aku yang satu ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan