Wednesday - Kisahku Wednesday

Wednesday






Hari ini hari rabu dan sengaja aje aku pakai baju warna merah biar semangatnya naik mencanak-canak hehehe... Kerja sorang ni kalu bukan diri sendiri yang menolak untuk lebih berjaya nak harap sapa kan. Alhamdulillah menuju ke tahun ketiga. Diam tak diam, pejam celik pejam celik lagi beberape bulan kita bakal menuju ke tahun 2020.

Hai lah, dulu waktu aku diperkenalkan dengan wawasan 2020, masa tu umur aku 17 tahun pada tahun 1995. Aku dan rakan-rakan sebaya siap bergelak ketawa bila mengira umur kami pada tahun 2020 nanti.

42 tahun lah umur kita nanti tahun 2020. Tua ye ...

Masing-masing pon ketawa dan memang perasaan masa tu agak pelbagai warnanya. Tak tahu kami boleh ke capai umur tu. Sebab kita tak tahu ajal kita. Sepanjang perjalanan meniti usia emas ini. Ramai rakan-rakan sebaya aku telah kembali ke alam abadi. Al Fatihah untuk mereka.

Memang benar bagai dikata, yang paling jauh itu adalah kenangan masa silam. Segigih mana pon kamu cuba mengejar, kamu tak boleh capai sampai bila-bila. Hanya terpateri dalam ingatan.

Wajah aku meniti usia 42 tahun pada tahun 2020. Seadanya aku ini hamba Allah yang biasa-biasa sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan