Semenjak Raihan masuk, memang tiap tahun Raihan akan tetapkan misi. Untuk tahun 2020 ni misi Raihan nak kemaskini balik buku-buku dan susun mengikut ddc iaitu Dewey Decimal Classification. Bukan satu kerja mudah tapi Raihan laksanakan sikit demi sedikit.
Selalu Raihan pesan kepada diri Raihan, bila buat kerja jangan niatkan untuk orang pandang. Niatkan semua kerana Allah SWT. Buat sahaja kerja-kerja yang ada walaupun orang lain atau sesiapa pun tak tahu. Nanti di akhirnya pasti kemanisan bakal diraih. Aamiin.
0 Ulasan