Erti 5 Tahun ini - Kisahku Erti 5 Tahun ini

Erti 5 Tahun ini


Hari ini genaplah sudah 5 tahun perkhidmatan aku di Perpustakaan. Rasa ye macam baru semalam aku mula bekerja.

03  Mei 2005 hari pertama aku bekerja di Perpustakaan Dataran Sabak Bernam. Bersama dengan mantan team aku, Faizah n Shima. Kami bina perpustakaan itu menjadi sebuah perpustakaan yg boleh dibanggakan

Kini semua itu hanya tinggal kisah lalu yg indah utk dikenangkan, kini aku pergi jauh dari sisi mereka dan berpindah ke Perpustakaan Daerah Sabak Bernam. Bertugas di perpustakaan Daerah membuatkan aku kadang-kala rasa gentar. Besar tanggungjawab yg tergalas di bahu aku n teman-teman sekerja.

Perpustakaan Daerah Sabak Bernam kini ke arah pensijilan MS ISO 9001 : 2008 , kami akan di audit pd 23 Jun 2010. Semoga semua ye akan berjalan dgn lancar. Doakan kami berjaya menempuhi saat-saat gentir ini.

Kami boleh!

Catat Ulasan

0 Ulasan