Semak yang menyegarkan - Kisahku Semak yang menyegarkan

Semak yang menyegarkan



Semak yang menyegarkan, apakah ???

Disember 2017, sebenarnya nak tulis tentang semak semula tentang perancangan-perancangan sepanjang tahun 2017, adakah telah telaksana atau masih lagi beku tanpa tindakan.

Sesekali aku perlu jadi semak di mata orang lain. Bukan tujuan untuk menyakiti, sekadar untuk buat sesiapa pun tersenyum. Namun mungkin masa aku nak jadi semak tu terasa macam aku dah buat hati dan jiwa orang lain semak samun kot hehehe ... Salah aku sebab aku masuk salah masa. Maaf tau .

Apabila kita masuk bulan Disember, ini bermaksud kita berada di akhir tahun. Suka duka , silih berganti di ruangan perasaan. Yang mana manis jadikan kenangan indah, yang mana pahit kita jadikan sebagai tauladan. Nama pun kehidupan kan.

2018, Insya Allah, sedikit demi sedikit perancangan itu telah ada. Buat yang terbaik buat kisahku. Hidup ini tak lama mana. Pejam celik pejam celik, sampai ke penghujung hayat. Dunia ini sementara, buat dunia ini tempat mengumpul amalan soleh untuk dijadikan bekalan ke akhirat yang kekal abadi.

Aku manusia, aku lemah. TanpaNya, siapa lah aku ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan