Buku dan Dagu - Kisahku Buku dan Dagu

Buku dan Dagu






Amboi, menongkat dagu di buku nampaknya hehehe ... Muka banyak asam wooo. Sesaje posing gaya begitu. Muka bagi ketat sikit bukan apa takut ramai nanti yang terpikat. Sapa yang susah, aku jugak. Ingat senang ke nak tepis godaan - godaan yang mendatang. Iman mesti kuat.

Gambar bawah tu, anak kesayangan aku sweet Soffiyyah. Bila dah besar sikit bukan main susah nak tayang muka. Tahun ni dah 12 tahun. Masuk latihan bola baling sekolah. Nak wakil sekolah katanya. Moga Allah permudahkan Soffiyyah untuk meraih kejayaan demi kejayaan. Aamiin Ya Rab.

Hidup ini indah bila kita selalu husnuzon. Fikir yang indah-indah sahaja. Bersangka baik dengan Allah SWT. Dalam hidup ujian itu pasti mendatang sebab Allah nak beri kita pengalaman, kekuatan dan rahmatNya untuk kita. Sebagai hamba, rasa syukur perlu selalu ada dalam diri kita.

Memaafkan orang lain yang pernah buat kita menangis itu perasaan yang indah. Maafkan sahaja tanpa persoalan. Itu pilihan yang terbaik. Memaafkan buat diri kita lebih tenang. Insya Allah.

Gambar atas tu, semalam bila kepenatan menjaga anak-anak Taman. Semuanya lelaki,itu yang jadi rupa macam tu hehehe... kata nak anak lelaki, Allah beri ramai anak lelaki kat Taman ni. Alhamdulillah.

Buku dan Dagu, Aku Kisahku.

Catat Ulasan

0 Ulasan