Halaman

Golongan VIP dan Impian Aku

Ainraihan | Isnin, Mei 07, 2018 | 0 Komen |





Mendedikasikan impian 11 tahun untuk merasai energi percutian berstatus golongan VIP. Lama terpendam impian yang satu ini. Pelbagai suka dan duka terpaksa diharungi. Sebelum aku menterjemahkan impian ini menjadi realiti, doa doa doa harus aku lakukan setiap hari tanpa pernah kenal erti jemu.

Bagi orang yang berstatus dari golongan VIP, mungkin percutian ini biasa-biasa sahaja. Namun bagi aku si budak yang pernah merasai apa itu yang bernama " miskin " yang mana sarapan pagi hanya sepinggan nasi lemak berharga 20 sen sahaja di bawah pokok tepi sekolah sudah tentu percutian ini amat memberi kesan ke dalam hati bintang ini.

Syukur kepada Allah SWT , aku tadahkan tangan. Aku berbicara dengan DIA. Hanya pada DIA segala rasa hati ini diluahkan. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Hidup ini sememangnya banyak pilihan. Yang mana satu pilihan yang ingin kita ambil, seharusnya kita tahu, kita ada DIA untuk membimbing kita.

Terjemahan IMPIAN menjadi REALITI. Percutian VIP di LEXIS Hotel Port Dickson, Negeri Sembilan.

Golongan VIP dan Impian Aku di Aku Kisahku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com